Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata), Adzly Ab. Manas berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak adil memandangkan penjaja berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan walaupun telah beberapa kali memohon kepada MPS.

“Bulan lalu, penjaja terkejut selepas menerima notis-notis cukai yang selama ini tidak pernah dikenakan kepada mereka. Keadaan itu amat membebankan kerana mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada perniagaan kecil tersebut.

“Selain itu, ia juga sama sekali bertentangan dengan dasar yang dilaungkan kerajaan Selangor iaitu membantu golongan susah atau penjaja Melayu,” katanya ketika ditemui dalam sesi bantahan tersebut hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN