Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki berkata, program itu bertujuan mendidik warga PPR supaya memelihara dan menjaga alam sekitar selain mengalakkan aktiviti bercucuk tanam.

“Untuk tahun ini, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengetengahkan konsep pertanian serta menyasarkan golongan B40 dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di PPR Seri Semarak.

Projek rintis teknologi pertanian itu melibatkan tujuh kawasan PPR iaitu PPR Seri Semarak, PPR Batu Muda, PPR Pantai Ria, PPR Laksamana, PPR Wahyu, PPR Perkasa dan PPR Seri Alam. - UTUSAN ONLINE