Video oleh ROSKHOIRAH YAHYA

Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Ismail Ahmad berkata, sehingga kini para pemilik rumah masih belum menerima geran tersebut meskipun telah menduduki rumah tersebut lebih 27 tahun.

“Penduduk akan terus mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil tindakan sekali gus membolehkan penduduk mendapatkan geran strata yang sememangnya hak mereka.

“Beberapa tahun sudah berlalu malah perbincangan juga telah diadakan namun jalan penyelesaian masih belum ditemui. Kegagalan mengeluarkan geran strata itu bakal menyusahkan penduduk suatu hari nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari. - UTUSAN ONLINE