Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO]Pameran dinosaur tarik ramai pengunjung sempena Sukan SEA 2017

M. LOGA BALA (kiri) melihat replika dinosaur selepas merasmikan 3
M. LOGA BALA (kiri) melihat replika dinosaur selepas merasmikan Dinosaurs Alive @ Kuala Lumpur di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir, Pengarah Pameran, Adam Yong Abdullah (kanan). --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pameran Dinosaurs Alive @ Kuala Lumpur 2017 yang bermula pada 14 Julai lalu dijangka dapat menarik minat lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negara sempena penganjuran temasya Sukan SEA 2017.

Pameran bertaraf antarabangsa yang pertama kali dibawa ke Asia dari Australia itu akan berlangsung sehingga hujung tahun ini dengan mempamerkan lebih 40 dinosaur berskala besar, sekali gus memberi pengalaman dan kepuasan kepada pengunjung.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. M. Loga Bala Mohan berkata, pameran tersebut yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) amat dinantikan oleh masyarakat terutama kanak-kanak untuk mempelajari lebih lanjut kewujudan haiwan prasejarah tersebut.

“Saya percaya, melalui produk pelancongan baharu ini, kita dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar untuk melancong ke Malaysia, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika berucap merasmikan pameran tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain