JAMAL MD. YUNOS

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, hari ini sahaja, jumlah pengunjung mencecah 3,000 orang berbanding minggu pertama dibuka kira-kira 1,000 orang.

Menurutnya, restoran yang bertemakan jamuan rakyat bertujuan menyediakan hidangan makan tengah hari percuma bermula pukul 12 tengah hari hingga tiga petang.

“Peningkatan jumlah pengunjung tiga kali ganda dalam tempoh tiga minggu itu cukup memberangsangkan dan kehadiran mereka tidak putus-putus sehingga pukul 3 petang .

“Kami menyasarkan lebih ramai warga kota terutama golongan memerlukan menerima manfaat daripada pembukaan restoran seumpama ini,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Video oleh FAUZI SUHAIMI