Dek kerana tiada tindakan pe­nguatkuasaan diambil pihak ber­kuasa, pengusaha semakin be­rani mengubah struktur gerai kepada binaan kekal.

Bukan sahaja gerai diubah suai menjadi restoran, tetapi juga kedai serbaneka serta pusat hiburan keluarga.

Operasi perniagaan yang bermula pada pukul 5 petang sehingga dua pagi keesokan hari itu didakwa mengganggu kehi­dupan penduduk setempat.

Tinjauan Skuad Terjah ke lokasi baru-baru ini mendapati, hampir keseluruhan gerai di bawah jejambat itu bertukar wajah kepada lebih moden dan eksklusif.

Berdinding cermin dengan pen­dingin hawa, ia seolah-olah menutup status gerai tidak berlesen.

Pelanggan bukan sahaja disajikan dengan pelbagai menu makanan dan minuman tetapi turut dihiburkan dengan persembahan karaoke.

Rata-rata penduduk berhampiran yang ditemui melahirkan rasa kecewa kerana sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Norazlan Mohd. Nor, 48, berkata, tindakan pengusaha mengubah suai ge­rai kepada struktur kekal itu memberi gambaran mereka kebal daripada tindakan undang-undang.

“Aktiviti karaoke yang djalankan terutama sehingga pagi benar-benar mengganggu.

“Penduduk tiada kuasa me­nghalang operasi perniagaan di sini. Harapan kami pihak berkuasa terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertindak dan me­­­nyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya.