Pengarah projek laluan itu, Datuk Amiruddin Ma’aris berkata, pada ketika ini kerja-kerja pembinaan giat dijalankan di kedua-dua jajaran bertingkat utara dan selatan, bahagian bawah tanah dan depoh.

“Bagi bahagian bertingkat, kemajuan pakej kerja pertama berada pada tahap 20.9 peratus manakala pakej kerja kedua 10.3 peratus.

“Kerja-kerja pembinaan tersebut dapat dilihat di sepanjang Jalan Kuala Selangor hingga Jalan Kepong,” katanya dalam sesi taklimat berhubung status pembangunan projek MRT kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE