Pengarah Projek Laluan SSP Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Amiruddin Ma’aris berkata, projek MRT ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai 2020.

“Kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah menggunakan Mesin Pengorek Terowong (TBM) ketika ini berjalan lancar.


“Terowong bawah tanah sepanjang 13.5 Kilometer (KM) yang bermula di Jalan Ipoh hingga Stesen MRT Bandar Malaysia South itu kini sudah siap kira-kira 33.3 peratus,” katanya selepas melawat tapak projek laluan SSP di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE