Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, penganjuran dengan kerjasama rapat agensi penguatkuasa terutama polis itu adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Serdang di sini.

Katanya, penglibatan MPSJ secara langsung dalam penganjuran program sedemikian juga atas faktor jumlah pemilik lesen senjata api dalam kawasan Subang Jaya yang merupakan paling ramai memilikinya.

Program yang berlangsung Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor itu dirasmikan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Sementara itu, Mohd Zulkurnain berkata, setakat ini belum ada lagi mana-mana pekerja dalam sektor perhotelan yang berdepan dengan situasi penindasan majikan berhubung larangan bertudung semasa bekerja yang dilaporkan.

“Tiada lagi pembatalan lesen hotel berhubung isu tersebut. Cuma penutupan ke atas premis hotel yang beroperasi secara haram atau tamat tempoh lesennya sahaja tindakan yang diambil,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE