Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Misi pengembaraan 60 jam jelajah semenanjung bermula

Mula misi pengembaraan
PESERTA misi pengembaraan selama 60 jam sempana 60 tahun sambutan kemerdekaan tahun ini bergambar sebelum memulakan perjalanan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 8 April - Seramai 26 penunggang motosikal berkuasa besar hari ini memulakan misi menjelajah Semenanjung Malaysia selama tiga hari dua malam.

Ketua konvoi, Mohd. Faizul Md. Idros, 39, berkata, misi konvoi berkenaan adalah bagi melengkapkan pengembaraan selama 60 jam sempana 60 tahun sambutan kemerdekaan tahun ini.

“Uniknya, kami adalah pemilik motosikal besar “old school”. Kebanyakannya ada keluaran tahun 80-an dan 90-an. Antaranya adalah Kawasaki Gpz 1100 tahun 1983, Suzuki Gs650g tahun 1984 dan Katana Gsx 750s.

“Perjalanan hari ini adalah sejauh 700 kilo meter menuju Kuantan. Sebelum itu kita akan singgah ke Penjara penor kuantan untuk sesi lawatan sosial. Walaupun menunggang motosikal ‘old school’ tapi kebanyakannya adalah penunggang muda,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Faizul berkata, konvoi itu akan meneruskan perjalanan menuju ke Baling esok dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ASMARUDDIN JAMALUDDIN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain