Tawaran itu dibuka ketika berlangsungnya KL Tower International Jump Malaysia 2017 kali ke-17 bermula hari ini hingga 2 Oktober depan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang (terjunan siang) dan 8 malam hingga 10 malam (terjunan malam).

Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata, setiap pengunjung yang membeli pakej tersebut berpeluang meluangkan masa selama 40 minit untuk menyaksikan penerjunan dengan lebih dekat.

“Seramai 120 penerjun antarabangsa dari 22 negara akan mengambil bahagian de­ngan mempersembahkan aksi terjunan ekstrem yang pasti memukau pengunjung.

“Para penerjun akan membuat terjunan pada ketinggian 312 meter dari paras bumi sambil menunjukkan aksi yang jarang dilihat, sekali gus memberikan pengalaman berbeza dan mencabar,” katanya ketika berucap di sini hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan program tersebut sambil menyaksikan secara dekat aksi para penerjun. - UTUSAN ONLINE