Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, usaha itu penting untuk mewujudkan landskap bandar yang lebih menarik dengan dilengkapi pelbagai peralatan permainan yang turut digunakan orang kelainan upaya (OKU).

“Inilah ciri-ciri landskap yang diisi dengan idea masyarakat. Pada masa sama, penduduk dan pihak berkuasa tempatan perlu bersama memainkan peranan dalam membangun dan memelihara kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Landskap Petaling Jaya sempena Sambutan Hari Landskap 2017 di Taman Aman, Seksyen 22, di sini hari ini.

Azizi memberitahu, MBPJ juga berusaha untuk memperluaskan penyediaan peralatan permainan kepada golongan OKU di seluruh taman awam di kawasan Petaling Jaya, sekali gus memenuhi keperluan golongan berkenaan. - UTUSAN ONLINE.