Pegawai Tugas-tugas Khas KPKT, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, bantuan itu adalah bukti keprihatinan Menterinya, Tan Sri Noh Omar terhadap permasalahan yang berlaku di pangsapuri kos rendah dan diharap dapat melegakan penduduk.

“Saya sudah bincang dengan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan komuniti di sini supaya mewujudkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi membolehkan proses permohonan itu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan menilai kos kerosakan itu yang saya anggarkan berjumlah kira-kira RM100,000,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan ke rumah mangsa kebakaran di pangsapuri berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE