Seorang penduduk, A. Mohana, 53, berkata, keadaan per­sekitaran di situ semakin teruk setiap kali hujan lebat apabila air longkang tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan bau busuk.

“Saya tinggal di sini sejak 28 tahun lalu, dahulu tempat ini tiada masalah tetapi sekarang teruk sangat. Kita tidak tahu mahu mengadu dekat siapa kerana tiada wakil rakyat atau pihak berwajib datang ke sini.

“Lima tahun lalu, wakil rakyat datang ke sini untuk meraih undi dan berjanji akan menyelesaikan masalah kediaman kami. Kita percaya dan undi dia, tetapi selepas ini maaflah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Yang turut hadir Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat 565, Mohd. Ismawi Ismail.

Razali pula berkata, selain masalah tersebut, tiada lampu jalan, dewan tidak boleh digunapakai, isu sampah, kes denggi, rumah terbakar, jenayah, dadah di perumahan itu perlu diberi perhatian. - UTUSAN ONLINE