Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Lamborghini, Ferrari meriahkan KL Fest of Supercar & Autoshow

ORANG ramai melihat koleksi kereta di KL Fest of Supercar & Autoshow 3
ORANG ramai melihat koleksi kereta di KL Fest of Supercar & Autoshow di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penganjuran KL Fest of Supercar & Autoshow di Dataran Merdeka, semalam menarik perhatian orang ramai apabila lebih 20 buah kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Nissan Skyline GT-R turut bersama memeriahkan.

Acara permotoran kali kelima bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan itu menyaksikan sebanyak 500 buah kereta pelbagai jenama dengan hiasan dan ubah suai menarik dipamerkan kepada orang ramai.

Presiden Persatuan Autoshow Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, program itu diadakan bertujuan mengangkat sukan permotoran negara selain mendorong minat anak-anak muda supaya terlibat dalam akitivi sihat.

“Pada program ini, penganjur turut mengadakan pertandingan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu ubah suai terbuka, ekstrem terbuka dan old school dengan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.

“Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, kebersihan, kekemasan dan kecantikan warna selain kegunaan alat elektronik serta aksesori pada kenderaan masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, kereta nasional iaitu Myvi dipilih sebagai pemenang kategori ekstrem manakala Toyota Vios dan Corolla KE-70 pemenang untuk kategori ubah suai terbuka dan old school.

“Juara bagi ketiga-tiga kategori tersebut membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 dan piala pusingan,” katanya.

Acara yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang itu turut dijayakan peserta dari kelab-kelab permotoran seluruh negara termasuk dari Singapura. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain