Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Konvoi Kembara Merdeka Negaraku labuh tirai malam ini

RIZALMAN MOKHTAR (tiga dari kanan) beramah mesra bersama penduduk 2
RIZALMAN MOKHTAR (tiga dari kanan) beramah mesra bersama penduduk semasa ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 di PA Seri Johor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 yang berlangsung selama 16 hari di 50 buah lokasi seluruh negara akan melabuhkan tirainya malam ini di Parlimen Titiwangsa.

Konvoi melibatkan 48 buah kenderaan terdiri daripada 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan 18 buah pacuan empat roda yang disertai 107 peserta itu tiba di Parlimen Bandar Tun Razak pukul 9 pagi tadi.

Konvoi turut disambut oleh Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Rizalman Mokhtar bersama seramai 500 penduduk di Perumahan Awam (PA) Seri Johor dengan suasana cukup meriah.

Selain itu, sesi minum pagi dan agihan Jalur Gemilang secara percuma turut diagihkan kepada peniaga dan penduduk kawasan tersebut.

Rizalman yang juga Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak berkata, beliau mahu semangat kemerdekaan dirasai secara bersama tidak mengira usia atau kaum.

“Dari segi populasi, kawasan perumahan ini mempunyai ramai penduduk berbilang kaum untuk sama-sama menjayakan program ini. Mereka terima kehadiran kita dengan senyuman dan tanda terima kasih, malah salah seorang penduduk, Uncle Liew pegang bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan.

“Bagaimanapun, cabaran kita hari ini macam mana nak terangkan nilai-nilai kemerdekaan kepada generasi akan datang. Ini cabaran kita yang sebenar dan kita tahu betapa sukarnya pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan,” katanya.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Mohd. Taib Ubah.

Selepas Bandar Tun Razak, konvoi diteruskan ke Presint 2, Putrajaya dan majlis penutup di Taman Maluri malam ini akan dirasmikan Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain