Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, seramai 70,000 pengunjung dijangka hadir pada pameran yang berlangsung selama sembilan hari itu.

“Orang ramai berpeluang melihat lebih dekat 800 spesies orkid dan bonsai, selain dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan fotografi, gubahan bunga, mewarna, melukis, bola jaring, wall climbing, futsal, karaoke dan Battle Of The Band.

“Selain Malaysia, pameran tersebut melibatkan penyertaan 13 buah negara, termasuk Brunei, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, China, Hong Kong, India, Macau, Jepun dan Taiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan persiapan KLOBS hari ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah. - UTUSAN ONLINE