Klinik itu dikendalikan bersama antara pihak pengurusan Masjid Jamek dan pelajar tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah dalam kenyataan berkata, program yang pernah diadakan pada Ramadan tahun lepas itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Ramai dalam kalangan kita mahu memantapkan lagi bacaan al-Fatihah kerana ia adalah surah yang penting dan merupakan rukun dalam solat. Kami di Rapid KL amat berbesar hati untuk memberi sumbangan ini,” katanya.

Klinik al-Fatihah dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat, iaitu bermula 2 hingga 4 petang pada Isnin hingga Khamis dan 11 pagi hingga 6.30 petang pada hujung minggu.

Terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur, stesen LRT Masjid Jamek merupakan stesen integrasi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling serta merupakan antara stesen LRT paling sibuk. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ZULFADLI SHARIFUDIN