Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan),  Datuk Zulkifli Yahya berkata, empat lelaki warga negara India berumur antara 23 hingga 53 tahun ditahan ketika cuba memasuki negara ini.

"Kes pertama membabitkan rampasan seberat lima kilogram (kg) bernilai RM350,000, kes kedua seberat 8.4 kg bernilai RM588,000 manakala kes ketiga seberat 14.5 kg bernilai RM983,500," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Keempat-empat lelaki terlibat telah ditahan reman untuk tujuan pendakwaan. - UTUSAN ONLINE