Video oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

Karnival julung kali diadakan anjuran Persatuan Wanita Unity Malaysia (PERWIM) dengan kerjasama persatuan penduduk dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu ternyata mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, melalui karnival itu penduduk dapat berkumpul bersama-sama menjalankan aktiviti sukan, berhibur, berniaga dan mendapatkan perkhidmatan daripada pameran pelbagai agensi kerajaan.

Selain itu, mereka berpeluang memenangi banyak hadiah menarik seperti motosikal, telefon pintar dan barangan elektrik menerusi acara cabutan bertuah.

Program tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala. - UTUSAN ONLINE