Video oleh AMIRUL AIMAN ANUAR

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar berkata, program ini bertujuan meningkatkan motivasi dalam kalangan kapten bas bagi meningkatkan prestasi kerja khususnya ketika berinteraksi dengan penumpang.

Katanya, ia juga turut diharap dapat meningkatkan imej kapten bas RapidKL selain menjadi platform bagi memantapkan perhubungan awam dengan pelanggan khusus dalam mendapatkan maklum balas perkhidmatan.

“Inisiatif baru lain akan diteruskan bagi mencapai misi operator bas di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memartabatkan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas henti-henti,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran Kad Identiti Kapten Bas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE