Kedua-dua individu berkenaan ditahan bersama seorang lagi rakan mereka di salah sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.

Ketika serbuan, ketiga-tiga mereka sedang menonton televisyen sebelum membuat pengakuan ada mengambil dadah jenis ganja apabila diminta membuat ujian saringan air kencing.

Bagaimanapun kesemua ditahan bagi tujuan saringan air kencing dan pengesahan.

Dalam operasi sama, seramai 100 individu lain yang disyaki sebagai penagih telah ditahan dan hasil saringan air kencing, 82 daripadanya didapati positif dadah.

Ops BAH malam tadi merupakan siri ke 38 adalah usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dilancarkan secara bersepadu melibatkan semua agensi penguatkuasaan adalah bertujuan membanteras aktiviti haram di ibu negara. - UTUSAN ONLINE