Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, penurunan tersebut juga melepasi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mereka iaitu penurunan 10 peratus.

“Namun begitu, ini tidak bermakna kami akan terus berpuas hati, malah akan lebih berusaha untuk mengurangkan lagi jenayah di daerah ini.

“Setiap tahun kami akan membuat penilaian dan melihat kepada strategi baharu. Perkara utama yang diberi penekanan pada tahun ini adalah jenayah jalanan seperti ragut dan curi motosikal yang menjadi penyumbang utama kepada peratusan jenayah,” katanya pada majlis Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE