Permukaan jalan  berpasir, berlubang dan merekah bagaikan selepas perang dunia kedua itu tidak ubah seperti perangkap maut yang hanya menunggu mangsa terutama kepada penunggang motosikal.

Utusan Malaysia difahamkan, kerosakan jalan di  kawasan itu berlaku sejak awal tahun ini.

Walaupun jalan tersebut merupakan laluan utama pengguna dari arah Kuala Lumpur mahupun Putrajaya, ia seolah-olah  dipandang sepi pihak berwajib.

Berdasarkan pemerhatian, kerosakan sama turut sama berlaku di susur masuk dari Jalan Puchong-Putrajaya ke Lingkaran Putrajaya.

Keadaan ini  mengundang ke­­­ge­lisahan dan kebimbangan pengguna sekiranya berlaku kejadian malang tidak diingini terutama pada sebelah malam.

Utusan Malaysia turut difahamkan, susur masuk dan keluar berbentuk selekoh sepanjang kira-kira  100 meter itu  telah diturap kontraktor beberapa bulan lalu namun kembali rosak.

Lebih menimbulkan rasa terkilan  tahap kerosakannya lebih teruk berbanding sebelum itu.

Berdasarkan pemerhatian pemandu  terpaksa memperlahankan kenderaan mereka setiap kali melalui jalan di kawasan itu bagi mengelak lubang di sana-sini.

Sehubungan itu, pihak berwajib digesa segera melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di situ bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.