Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, ini kerana isu melibatkan integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan sering diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Sebagai sebuah pasukan beruniform, Jabatan Penguatkuasaan DBKL sentiasa memberi penekanan kepada pegawai dan kakitangan agar menjalankan tugas dengan jujur dan amanah.

“Dengan kepentingan konteks integriti, perspektif masyarakat akan melihat DBKL sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan bersih daripada rasuah,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan, Ramlan Lajis dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Ab. Salim Mansor. - UTUSAN ONLINE