Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) DBKL, Datuk Pardip Kumar Kekreja berkata, kejayaan itu tercetus daripada beberapa langkah dibuat seperti kajian, pengumpulan data, pemantauan, kawalan dan laporan berhubung keadaan trafik.

“Usaha dilakukan sejak 2005 ini ternyata memberi kesan dalam usaha DBKL menyelesaikan kesesakan terutama pada waktu puncak.

“Selain itu, kewujudan ITIS yang mengguna pakai teknologi pengurusan maklumat terkini juga membantu dalam mengurangkan kos dan memberi impak yang tinggi,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan Kedutaan Amerika Latin di ITIS, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Seramai tujuh duta dari negara Amerika Latin antaranya Brazil, Mexico, Argentina dan Cuba menghadiri sesi lawatan tersebut yang bertujuan mendapatkan maklumat mengenai keadaan trafik di ibu kota dan sekitarnya. - UTUSAN ONLINE