Isu-isu berkenaan melibatkan tangki air, pembiakan tikus, isu kebersihan dan kerosakan kemudahan riadah yang meruncing.

Ketua Blok D perumahan tersebut, Mohd. Nasir Ali berkata, ini termasuk tangki simpanan air di kediaman itu mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan air melimpah keluar.

“Masalah ini berlaku bukan sahaja menyebabkan pembaziran air, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir berkata, kediaman kendalian DBKL itu turut menjadi tempat pembiakan tikus ekoran berpunca daripada masalah kebersihan.

“Masalah tikus berkeliaran di kawasan ini membimbangkan kerana penduduk bo­leh terdedah dengan penyakit kencing tikus. Ia berpunca da­ripada tong sampah yang diletakkan di luar tempat pembua­ngan sampah,” kata­nya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nizan Murad pula berkata, penduduk berharap pihak berkuasa ‘turun padang’ menyelesaikan masalah di kawasan perumahan tersebut.

“Kami mahu masalah ini di­selesaikan dengan segera demi keselesaan penduduk,” kata­nya.