Namun demikian, imej kawasan tersebut terjejas gara-gara jalan rosak yang ditemui di beberapa jalan utama, sekali gus mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya.

Antara jenis-jenis kerosakan yang ditemui di Jalan Beringin, Jalan Dungun, Jalan Setia Murni dan Jalan Setia Budi itu adalah turapan tidak rata, berlubang, merekah dan dipenuhi lopak air.

Pihak berwajib iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu segera menyelenggara kerosakan tersebut demi keselesaan, kemudahan dan keselamatan pengguna. - UTUSAN ONLINE