Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Harga berpatutan, menu mewah di Kawd

MOHD. FAIZUL BAHARUDIN menunjukkan antara menu utama di Restoran 5
MOHD. FAIZUL BAHARUDIN menunjukkan antara menu utama di Restoran KAWD di Ampang Waterfront .UTUSAN ONLINE/ Ghazali Basri

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jangan terkejut jika pengunjung yang datang ke restoran Kawd bukan sahaja mendapat sajian yang masak sempurna dan menyihatkan, bahkan lebih lazat berbanding makanan di tempat lain.

Ini kerana makanannya dimasak menerusi kaedah ‘Sous Vide’ di mana nutrien pada bahan-bahan mentah dikekalkan melalui masakan pada suhu rendah.

Pemilik restoran itu, Mohd. Faizul Baharudin, 31 berkata, pihaknya sangat menitikberatkan kualiti bahan makanan dan cara penyediaan agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

Beliau berkata, makanan yang dimasak menggunakan teknik vakum itu biasanya sinonim dengan restoran mewah dan harganya mahal bagi yang berpendapatan sederhana.

“Bagaimanapun, Kawd menawarkan harga berpatutan dan tidak terhad kepada golongan tertentu untuk menikmati makanan yang sangat lazat serta sihat.

“Kami mengetengahkan makanan berkonsep American Soul Food, Asian Fusion dan Texmex contohnya Peri-peri Chicken, Cream Cheese Chicken dan yang paling istimewa adalah Lamb Kaw Kaw dengan harga yang ditawarkan antara RM15 hingga RM50,” katanya.

Tambah Mohd. Faizul Baharudin, pelanggan harus menempah Lamb Kaw Kaw tiga hari lebih awal kerana ia menggunakan teknik ‘slow cooking’ berbaloi dengan rasa yang bakal dinikmati.

“Orang ramai pasti tidak kecewa jika mengunjungi restoran ini sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan memandangkan suasananya yang santai. Kami beroperasi pada pukul 5 petang hingga 1.30 pagi,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain