Pendakian bermula tepat pukul 12 malam di kaki gunung tersebut antara cabaran yang dilalui semua pendaki selain menelusuri denai-denai yang dijadikan laluan semua peminat sukan mendaki.

Salah seorang pendaki, Rozita Sutam Taharudim memberitahu, perjalanan untuk sampai ke Kem Lolo memakan masa selama 3 jam.

“Sampai di Kem Lolo, kami berhenti rehat untuk beberapa jam sebelum meneruskan pendakian ke puncak dengan ketinggian 1,493 meter yang merupakan gunung tertinggi di Selangor.

“Selepas itu, kami semua berhenti rehat di kem tersebut sebelum meneruskan pendakian ke puncak yang memakan masa kira-kira 4 jam,” katanya di sini hari ini.

Rozita berkata, aktiviti ini bukan sahaja untuk menawan puncak gunung, ia juga adalah cara untuk kita mengeratkan perhubungan sesama rakan-rakan khususnya mereka yang menggemarkan sukan lasak ini.