Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riyasutin Mohamed Dulkif berkata, konsep restoran mamak moden yang dibawanya dilihat mampu menambat pelanggan dalam kalangan pelajar sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway yang padat serta dikelilingi beberapa institusi pengajian swasta.

Katanya, mengetengahkan hidangan yang sama seperti cawangan terdahulunya konsep moden dengan reka bentuk santai selain memastikan susun atur dalaman yang bersih dan luas mampu memperkukuhkan jenama Q Bistro.

“Konsep mamak moden seumpama ini belum lagi wujud di sekitar Subang Jaya dan saya yakin dengan citarasa menu yang disajikan serta harga yang berpatutan termasuk keselesaan premis akan menarik pelajar singgah dengan kemudahan WiFi percuma,” katanya semasa pelancaran cawangan baharunya itu hari ini.

Riyasutin bersama rakan niaganya, Haja Najmuddin yang juga bertindak selaku Ketua Pegawai Kewangan Hajris Holding Sdn. Bhd. akan mengorak langkah perniagaan mereka ke sektor perniagaan francais kelak dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE