Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Biskut Almond Stripe perisa Planta dinobat sebagai pemenang

MARHAINI MOHD. ASHARI menjuari pertandingan mencipta biskut Peraduan 5
MARHAINI MOHD. ASHARI menjuari pertandingan mencipta biskut Peraduan Setulus Hati Planta di Hotel Four Point By Sheraton, Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL NAZIR MOHAMED

PUCHONG 15 Julai - Biskut Almond Stripe hasil air tangan seorang ibu, Marhaini Mohd. Ashari, 46, dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan akhir masakan amal sempena Peraduan Setulus Hati anjuran Planta.

Marhaini yang berasal dari Rawang berkata, dia tidak menyangka biskut yang dicipta buat pertama kalinya itu berjaya menambat hati juri, sekali gus membawa pulang baucar Seng Heng bernilai RM1,500 dan produk Planta.

“Saya bersyukur kerana segala penat lelah menghasilkan resipi ini akhirnya membuahkan hasil dan ia membawa saya ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

“Sebenarnya saya memang gemar membuat biskut di rumah hanya untuk tujuan makan dengan anak-anak.

“Rezeki kejayaan ini saya kongsikan bersama mereka yang menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan biskut ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seramai 12 peserta akhir terpilih dalam pertandingan tersebut dengan hadiah keseluruhan ditawarkan melebihi RM11,000.

Kempen Peraduan Setulus Hati yang berlangsung selama sebulan itu bertujuan berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik menerusi kuih-muih hasil ciptaan seorang ibu.

Sebanyak 5,000 biskut Almond Stripe diagihkan kepada badan kebajikan iaitu Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani, Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL NIK  BAHARUDDIN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain