Presiden St. John’s Alumni Association (SJAA), Isham Ishak berkata, perhimpunan bersempena sambutan Hari Kebangsaan itu bertujuan mempertautkan hubungan ikatan antara satu sama lain selain mengimbau nostalgia zaman persekolahan sejak 20 tahun lalu.

“Ini adalah pertemuan kali pertama dilakukan sejak 20 tahun lalu dan kami berasa amat gembira kerana dapat bertemu mata bersama rakan-rakan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

“Perhimpunan ini turut melibatkan guru-guru sebagai menghargai bakti dan jasa mereka yang telah mencurahkan ilmu dan didikan kepada kami,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan. - UTUSAN ONLINE