Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, masa dibenarkan adalah semasa program ‘Bike and Ride’ iaitu antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi iaitu satu jam sebelum dan selepas berakhirnya acara ‘KL Car Free Morning’ yang diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Video oleh ROSKHOIRAH YAHYA

“Bagaimanapun, bagi memberi keselesaan kepada penumpang lain, mereka yang membawa basikal hanya dibenarkan untuk menggunakan pintu pertama bagi laluan Kelana Jaya manakala pintu empat untuk laluan Ampang.

“Usaha ini merupakan sebahagian inisiatif pihak kami menyokong orang ramai untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti berbasikal”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘ Bike and Ride’ di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana, KL Car Free Morning, Datuk Naim Mohamad. - UTUSAN ONLINE