Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP), Tony Tan Chee Chong mendakwa, projek yang bakal dibina dalam masa terdekat itu akan menimbulkan masalah terutama kesesakan lalu lintas.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa membatalkan segera projek ini dan adalah lebih baik jika membina kemudahan jalan bagi memudahkan penduduk serta mengatasi masalah kesesakan,” katanya dalam sidang akhbar di tapak cadangan pembinaan tersebut. - UTUSAN ONLINE