Seorang penduduk, Azhari Mat Selek, 44, berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan masalah sama berulang lagi yang akhirnya menyusahkan penduduk sekitar memandangkan kejadian terbaru itu adalah kali kedua di lokasi sama bulan ini.

“Masalah juga sama iaitu melibatkan tapak pembinaan projek malah selepas daripada berlaku bencana itu, langkah pencegahan banjir ataupun tanah runtuh juga tidak dilakukan pemaju terbabit.

“Sikap sebegini jika dibiarkan akan mengancam keselamatan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE