Walau bagaimanapun kerja-kerja membaik pulih bumbung di stesen berkenaan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu bagi mengganti kepingan atap genting yang musnah.

Ketua Operasi Rel LRT Laluan Kelana Jaya, Muhammad Syafiq Abdullah berkata, stesen LRT yang ditutup sejak Ahad lalu dibuka semula kepada pengguna pada pukul 9.15 malam semalam.

“Dalam kejadian Sabtu lalu, sebahagian besar daripada bumbung di platform Stesen LRT Kelana Jaya musnah diterbangkan ribut dan angin kencang.

“Penutupan sementara itu terpaksa dilakukan demi keselamatan pengguna yang menggunakan stesen berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen berkenaan pada pagi ini mendapati stesen berkenaan sesak dengan orang ramai yang kembali menggunakan platform berkenaan.- UTUSAN ONLINE