Unit itu yang diketuai oleh Sarjan Siti Nor Amizah Yazaljala bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi oleh seorang penduduk tempatan yang ternampak ular berkenaan ketika sedang menebas rumput di belakang rumahnya.

"Setelah kami menerima maklumat dalam pukul 5 petang kami bergegas ke sini.

:Kami mendapat tahu ular ini telah tercedera akibat terkena libasan kipas mesin rumput dan terus menyusup ke arah longkang besar di tepi sungai dan bersembunyi di situ,"kata Siti Nor Amizah.

Ular itu berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 45 oleh anggota pasukan terbabit.

Ditanya mengenai penglibatan dalam operasi seperti itu terutama dalam mengendalikan raptilia seperti itu, Siti Nor Amizah berkata, be;iau telah tujuh tahun berkhidmat dalam APM dan mengendalikan kes kes seperti itu.

Beliau tidak menafikan wujud perasaan takut, tetapi dia tetap cekal melakukan tugasnya kerana itu adalah tanggungjawabnya.
 
“Bagi kes ini kira kira 45 minit kami perlukan untuk menangkap reptilia ini,” katanya yang sebelum ini telah berhadapan dengan situasi mecabar yang lain.

Siti Nor Amizah memberitahu, ular berkenaan akan diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. 

“Selepas ini unit kami akan bergegas ke tempat lain kerana ada kes lain yang sedang menunggu,” katanya. - UTUSAN ONLINE