Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, antara peralatan yang menggunakan kuasa elektrik itu termasuk mesin Mikro Sapuan dan Vakum, skuter serta basikal roda tiga.

“Peralatan pembersihan terbaharu ini mempunyai ciri-ciri yang mampu meminimumkan degradasi kualiti persekitaran yang sihat sepanjang temasya berlangsung.

“Selain itu, tahap kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar dan pengurusan lestari sisa pepejal dapat ditingkatkan,” katanya.