Naib Presiden MBAM, Chung Soo Kiong berkata, pelaksanaan program MBAM CSR 2017 itu adalah bertujuan membantu penduduk di kawasan berkenaan khususnya dalam menyediakan bantuan ke arah kehidupan yang lebih sempurna sesuai dengan peredaran zaman pada masa ini.

“Aktiviti MBAM CSR 2017 yang bertemakan ‘cahaya untuk kehidupan’ ini akan berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir pada Ahad ini bagi mendedahkan kepada semua peserta tentang gaya hidup orang asli di kawasan berkenaan.

“Selain itu, menerusi program ini, kita turut mengadakan beberapa aktiviti bersama penduduk setempat termasuk membaik pulih sistem penjanaan elektrik dan menyediakan tangki air untuk tujuan saluran paip yang lebih sempurna,” katanya selepas melepaskan peserta MBAM CSR 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE