Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program yang berkonsepkan mendekati masyarakat tempatan itu bertujuan membantu rakyat dalam mencari jalan penyelesaian berhubung isu yang berkait dengan agensi kerajaan.

Katanya, lebih 30 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam menyediakan pameran dan perkhidmatan secara terus kepada rakyat selain menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan melalui Jobs Malaysia.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala dan Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. - UTUSAN ONLINE