Peserta larian dilepaskan oleh Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Najib Mohd. seawal pukul 7.15 pagi.

Pengerusi Persatuan Wilayah Ceria 1Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, program julung kali anjuran bersama DBKL itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di peringkat nasional.

“Kita akan jadikan ini sebagai acara tahunan kerana ia menjadi simbolik ke arah melahirkan rasa cinta dan semangat juang kepada tanah air selain memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN