Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, setiap kediaman terbabit menerima bantuan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

Jelasnya, kerja-kerja itu melibatkan proses mengecat, penggantian bumbung rumah, zink, lantai dan sebagainya.

“Program tersebut bertujuan memupuk sifat prihatin dan tolong-menolong terhadap masyarakat kurang berkemampuan di Parlimen Wangsa Maju.

“Selain penduduk setempat, kerja-kerja baik pulih rumah ini turut mendapat kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu golongan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita dalam program tersebut di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE