Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

V4KL bantu DBKL ceriakan bandar raya

Jimat kos kerja pengindahan sehingga 70 peratus

BEBERAPA sukarelawan  bergotong-royong mengecat bahu jalan  pada 2
BEBERAPA sukarelawan bergotong-royong mengecat bahu jalan pada program Program Volunteer for Kuala Lumpur (V4KL) 2017 di Dataran Medan Pasar, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 30 April - Dalam usaha menceriakan persekitaran ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif bekerjasama dengan sukarelawan melalui Program Volunteer for Kuala Lumpur (V4KL) 2017.

Pengarah Eksekutif Pemba­ngunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, kerjasama kedua-dua pihak itu mampu menjimatkan kos yang diperuntukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebanyak 70 peratus untuk kerja-kerja pengindahan.

Beliau berkata, sebelum ini kos menceriakan bandar raya menjadi mahal kerana melibatkan pihak kontraktor serta bayaran untuk logistik.

“Melalui program ini, DBKL hanya perlu menyediakan cat memandangkan semua aktiviti mengecat dan membersihkan ibu negara dilakukan oleh sukarelawan terlibat.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diberikan oleh masyarakat terutama golongan muda sangat menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program berkenaan di sini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.

Tambah Ibrahim, setakat ini 4,000 sukarelawan telah berdaftar untuk tujuan berkenaan dan diharap jumlahnya akan mening­kat.

“Malaysia ketinggalan jauh ke belakang dari aspek kebersihan berbanding negara lain se­perti Singapura.

“Menjaga kebersihan persekitaran ibu kota merupakan tanggungjawab bersama bukannya mengharapkan pihak PBT semata-mata,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain