Tempat kedua turut dimenangi kumpulan daripada Utusan Malaysia dan tempat ketiga pula dirangkul kumpulan The Star Sarawak menerusi kembara tersebut.

Acara perasmian penutup program itu disempurnakan Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Program berkenaan adalah julung kali diadakan itu adalah usaha untuk memaparkan keadaan sebenar di Parlimen Batang Lupar kepada 37 pengamal media daripada pelbagai agensi di Sarawak dan Kuala Lumpur.

Kembara itu diadakan selama lima hari dengan meneroka beberapa tempat menarik di dalam tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan parlimen tersebut iaitu DUN Sebuyau, Lingga dan Beting Maro serta mengenali budaya dan suasana kehidupan masyarakat termasuk menginap di rumah panjang dan perkampungan Melayu Sarawak. - UTUSAN ONLINE