Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Aini Ideris berkata, pihaknya memberi kebenaran membuka pusat tanaman bunga yang berkeluasan lebih 8,093 meter persegi di Kelab Golf UPM.

“Saya merasakan usahasama ini bukan sahaja melibatkan penanaman bunga tetapi perlu diperluaskan bagi mengkaji serta menemukan jenis-jenis bunga semusim yang boleh dikomersialkan.

“Kajian ini perlu dilaksanakan segera memandangkan usaha kerajaan untuk menceriakan bandar melalui bunga-bungaan,” katanya ketika berucap pada Majlis MoU itu di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan yang turut dihadiri Pengarah Urusan Tunas Nasional Holding Sdn. Bhd, Mohd. Hassan Bosarah. - UTUSAN ONLINE