Pengarah Bravo, Zulhusnie Khalib, program melibatkan 41 pegawai dalam latihan PALAPES laut universiti itu akan memfokuskan aspek pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan interaksi antara masyarakat.

Katanya, misi kemanusiaan yang julung kali dianjurkan itu akan berlangsung di Ansouri Sunnah School Pak Phayun Foundation, Phatthalung, Thailand.

“Perancangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang misi ini adalah majlis berkhatan, pemeriksaan kesihatan, akikah, sukan rakyat, pameran polis dan bomba serta banyak lagi aktiviti menarik lain.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Ansouri Sunnah Foundation untuk membantu membaik pulih rumah penduduk kampung, membersihkan kawasan kubur, melukis mural di kawasan sekolah, menaiktaraf tangga laluan ke madrasah serta menyusun atur ruangan di dalam madrasah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulhusnie berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan ke misi tersebut boleh berbuat demikan menerusi akaun CIMB BANK 98905000001230 atau menghubungi Norziela Ismon (Setiausaha Bravo) di talian 017-292 6703. - UTUSAN ONLINE