Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran pada Jumaat ini pukul 3 petang hingga 10 malam.

“Kali ini lebih satu tan ikan patin, tilapia merah dan keli menanti peserta di samping berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menarik.

“Saya berharap program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Selain memberi kepuasan, aktiviti terbabit juga dapat mengeratkan hubungan antara UMP dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE