Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, persediaan awal tersebut meliputi alat tulis baharu yang berkualiti menepati kehendak standard serta bantuan sarapan percuma yang akan dibekalkan setiap hari sepanjang musim peperiksaan.

Katanya, bantuan itu secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa calon pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pantai, SMK Bukit Bandaraya, SMK Bangsar (Integ) dan SMK Petaling untuk terus fokus mengulangkaji mata-mata pelajaran yang bakal diduduki.

“Penyediaan sarapan setiap pagi sebelum memasuki dewan peperiksaan amat penting bagi mengekalkan fizikal yang cergas serta minda berdaya cerdas agar tidak menghadapi kesukaran ketika menjawab kelak,” ucapnya ketika merasmikan Majlis Penutup Mohon Restu SPM 2017 di SMK Sri Pantai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE