Program anjuran UMNO dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 5 Bandar Tun Razak itu bertujuan meraikan sambutan perayaan tersebut serta merapatkan hubungan sesama masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, sebanyak 60 kotak limau dan hamper akan diagihkan kepada masyarakat Tionghua di Taman Len Seng malam ini.

“Dua hari lalu, kami turut menyerahkan sejumlah 50 kotak limau dan hamper kepada penduduk di Taman Ikan Emas. Program itu adalah program yang dilaksanakan pada setiap tahun sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Jumaat ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE